Trivia RENTAKA: Operation Constant Peg


No photo description available.

Menurut buku Red Eagles: America's Secret MiGs, pada tahun 1973, Amerika telah memberikan bantuan dalam bentuk kelengkapan pertahanan yang terdiri daripada pesawat latihan T-33 dan helikopter UH-34D kepada Indonesia, Sebagai balasan terhadap bantuan tersebut, Amerika mahukan empat pesawat pejuang MiG-21F-13s yang dioperasikan oleh AURI (TNI-AU).

Trivia RENTAKA: Kapal perang Hydrofoil

No photo description available.

Terdapat satu jenis kapal yang unik tetapi sangat jarang kedengaran sejak kebelakangan ini iaitu hydrofoil. Kapal jenis ini mempunyai sayap dibawah badannya yang membekalkan daya angkat apabila kapal mencapai kelajuan tertentu. Hasilnya adalah badan kapal akan terangkat datipada permukaan laut lantas mengurangkan daya seretan dan mengizinkan kapal untuk bergerak dalam kelajuan sangat tinggi dan efisyen. Dalam kelajuan biasa atau ketika bergerak perlahan, sayap hydrofoil akan terlipat di sisi badan kapal.

Trivia RENTAKA - HE ERFB-HB (High Explosive Extended Range Full Bore Hollow Base) Peluru meriam buatan tempatan

No photo description available.

Apabila RENTAKA membuat posting tentang perkembangan aset dalam ATM, seringkali terdapat komen- komen 'nakal' yang mempersoalkan keupayaan industri ketenteraan tempatan. Biarpun difahami bahawa komen- komen ini dibuat oleh mereka- mereka yang ingin melihat negara berupaya untuk menghasilkan produk- produk kententeraan yang canggih untuk digunakan oleh ATM.

Trivia RENTAKA - Generasi baru Kereta Kebal Bumar Labedy

No photo description available.Kereta Kebal PT-91M2 adalah dilihat sebagai variasi yang dinaik taraf dari PT-91 sedia ada.

Pameran pertahanan MSPO-2017 yang bermula hari ini di Poland telah menyaksikan firma Bumar-Labedy SA memperkenalkan 2 variasi terkini kereta kebal PT-91 mereka iaitu PT-91M2 dan PT-17. PT91M2 ialah varian yang dinaik taraf dari model PT-91 manakala PT-17 pula ialah satu pembaharuan kepada model PT-91 Twardy yang sedia ada.

No photo description available.

Seperti yang kita ketahui, PDRM telah banyak berjasa dalam mempertahankan negara daripada ancaman daripada dalam mahupun luar negara. Selain memiliki unit udara, marin dan armornya sendiri, PDRM turut mempunyai pasukan paramilitari iaitu Pasukan Polis Hutan (PPH atau kini dikenali sebagai PGA) yang cukup terlatih dalam peperangan menentang insurgensi. Meskipun ia diketahui hanya dibekalkan dengan senjata ringan, terdapat laporan yang menyebut bahawa pada sekitar tahun 1970 dan 80an, PPH dilengkapi dengan senjata anti armor ringan yang dikenali sebagai SARPAC.

No photo description available.

Disebabkan gambar yang dimuat naik baru-baru ini yang menunjukan pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM terbang tanpa membawa apa-apa jenis ordinan atau pun persenjataan rupanya telah memberikan impak yang besar dan kuat kepada komuniti pertahanan sehingga menyebabkan tempias kepada situs pertahanan yang lain, maka RENTAKA terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang bermain dibenak fikiran pembaca-pembaca semua.

Page 4 of 5