Analisa RENTAKA - Kembalinya 7.62mm dimedan hadapan

No photo description available.

 

Hasil daripada pengalaman bertempur dengan Taliban selama beberapa tahun, pasukan khas terkemuka daripada UK iaitu SAS telah memohon untuk menggunakan kembali raifal yang menggunakan peluru berkaliber 7.62mm. Ini adalah kerana mereka mendapati ketika bertempur dengan puak Taliban, musuh yang telah ditembak dan dalam sesetengah kes telah ditembak berkali- kali, masih mampu terus bertempur. Ini diburukkan lagi dengan kecekalan Taliban untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir daripada berundur atau memindahkan anggota yang tercedera untuk dirawat.
Satu lagi faktor yang menyebabkan pasukan SAS memohon untuk raifal berkaliber 7.62 adalah mereka seringkali terpaksa bertempur menentang musuh yang bersenjatakan raifal yang menggunakan peluru berkaliber 7.62x39mm and 7.62x54mm dimana kuasa membunuh dan jangkauan tembakannya adalah jauh lebih baik berbanding raifal yang digunakan oleh pasukan SAS.
 
No photo description available.
Anggota SAS sedang berlatih menggunakan raifal Diemaco C8 SFW di Afghanistan.
 
Anggota SAS berpendapat bahawa peluru berkaliber 5.56mm yang digunakan tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menyebabkan kejutan dan kematian hampir serta-merta. Menurut laporan akhbar Daily Mail, SAS kini bercadang untuk menggantikan raifal Diemaco C8 SFW mereka yang menggunakan peluru 5.56mm dengan raifal FN SCAR-H berkaliber 7.62mm. Setakat ini raifal FN SCAR digunakan oleh pasukan khas dari 24 buah negara.
 
No photo description available.
Pasukan SAS dilaporkan amat erminat dengan raifal SCAR-H.
Umum mengetahui bahawa pengalaman bertempur dengan penceroboh daripada selatan Filipina pada tahuhn 2013, pasukan keselamatan mula dilengkapi pasukan khas dengan raifal baru berkaliber 7.62mm. Raifal CM901 keluaran Colt ini pada dasarnya adalah berasaskan kepada rekabentuk raifal M16/ M4. Namun begitu raifal ini agak unik kerana ia mampu menembak menggunakan peluru 5.56mm dan 7.62mm. Rekabentuk modular raifal ini memungkinkan ia digunakan dalam pelbagai operasi tanpa perlu menukar raifal. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menukar bahagian atas raifal atau "upper receiver" yang mengandungi laras dan bendakerja yang khusus untuk menembak peluru berkaliber samada 7.62mm mahupun 5.56mm. Penukaran upper receiver juga boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan peralatan yang khusus.
 
Jelas sekali penggunaan peluru berkaliber 7.62mm sebagai peluru raifal yang selama ini semakin berkurangan, kini kelihatan telah kembali rancak. Ini ditambah lagi dengan keperluan untuk peluru yang mampu menembusi baju kalis peluru yang mungkin dipakai oleh anggota musuh. Langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan untuk melengkapkan anggota mereka dengan raifal modular seperti CM901 adalah satu langkah yang bijak dan selamat. Bagi pasukan SAS pula, setakat ini Kementerian Pertahanan Britain masih lagi mengkaji permintaan mereka. Adakah ini bakal memangkinkan penggunaan kembali raifal berkaliber 7.62mm? Sama- samalah kita tunggu dan lihat!
 
No photo description available.
Raifal CM901 yang digunakan oleh pasukan keselamatan.