Trivia RENTAKA - Armada tentera laut Pepsi

May be an image of outdoors and text

Jika minuman ringan paling popular di Amerika adalah Coca- Cola, di USSR pula mereka menggemari Pepsi. Malah permintaan terhadap minuman ringan Pepsi begitu tinggi sehinggakan kerajaan USSR tidak mampu untuk memenuhi permintaan rakyatnya. Pada tahun 1989 sahaja, kerajaan USSR memerlukan lebih kurang USD $3 bilion untuk memenuhi permintaan terhadap minuman Pepsi. Oleh kerana ketiadaan dana sebanyak itu dengan matawang Ruble tidak laku di pasaran matawang antarabangsa, kerajaan USSR mencadangkan agar bayaran secara pertukaran barang dibuat untuk membeli minuman ringan daripada syarikat Pepsi. Pepsi bersetuju. Bagi memenuhi permintaan terhadap minuman Pepsi di USSR, Pepsi menerima bayaran dalam bentuk satu armada kapal tangki baru keluaran USSR yang mereka kemudiannya sewakan atau jual kepada mana- mana syarikat yang berminat.


Bukan itu sahaja, USSR kemudiannya membayar minuman Pepsi dengan 17 kapal selam, sebuah kapal kruis, sebuah kapal pembinasa dan sebuah kapal frigat milik tentera lautnya. Jadi pada masa itu syarikat Pepsi mempunyai armada kapal selam ke enam terkuat di dunia. Secara tidak langsung, syarikat Pepsi berjaya melucutkan senjata daripada kerajaan USSR lebih cepat daripada yang berjaya dilakukan oleh kerajaan Amerika.

Malangnya, syarikat Pepsi kemudiannya menjual kesemua kapal perang yang diterimanya kepada sebuah syarikat di Sweden untuk dilupuskan sebagai besi buruk.