Trivia RENTAKA - Kerjasama industri pertahanan Amerika- China pada tahun 1980an

May be an image of aeroplane

Percaya ataupun tidak, pada penghujung dekad 1970an dan sepanjang dekad 1980an, hubungan Amerika- China adalah amat erat. Salah satu faktor eratnya perhubungan dua hala ini adalah China pada ketika itu adalah merupakan musuh ketat USSR. Oleh itu, Amerika banyak membantu China terutamanya dalam memajukan teknologi dan industri.



Bidang pertahanan juga tidak terkecuali di mana Amerika menawarkan pelbagai aset dan teknologi pertahanan kepada China. Salah satu program pertahanan yang menarik adalah program Peace Pearl yang melibatkan usaha untuk memodenkan pesawat pejuang J-8II.

Ia melibatkan kerja- kerja menaik-taraf sehingga 50 buah pesawat J-8II dengan pakej komponen seperti radar AN/APG-66(V), 1553B MIL-STD data bus, komputer kawalan tembakan, HUD, paparan pelbagai fungsi (MFD), sistem navigasi dan kerusi lenting.

Program yang dianggar bernilai USD 502 juta ini diluluskan oleh Presiden Reagan pada tahun 1986 dan dua buah pesawat pejuang J-8II telah dihantar ke Amerika untuk tujuan ujian pemasangan dan ujian penerbangan. Sesetengah sumber menyatakan sehingga 24 buah pesawat pejuang J-8II telah dinaik-taraf oleh firma Grumman.

Amerika turut menawarkan pesawat pejuang F-14A Tomcat kepada China dan delegasi tertinggi China telahpun melawat kilang Grumman dan melihat sendiri bagaimana F-14 dihasilkan serta memeriksa secara dekat pesawat tersebut.

Namu segala- galanya berubah apabila insiden Tiananmen Square berlaku pada tahun 1989. Tindakan keras Amerika yang diantara lain mengenakan sekatan penjualan senjata kepada China telah mengakibatkan program Peace Pearl dibatalkan.

Pun begitu, pesawat pejuang J-8II yang telah dinaik-taraf telah menjadi sumber kajian jurutera- jurutera China untuk memodenkan keupayaan pesawat pejuang mereka.

Bayangkan jika China sempat menerima pesawat F-14A Tomcat?