Trivia RENTAKA- Mengapa pegawai perubatan tentera Amerika hanya dilatih di hospital bandar- bandar utama Amerika.

May be an image of one or more people and outdoors

Percaya ataupun tidak, pegawai perubatan tentera Amerika dilatih merawat kecederaan dan trauma akibat pertempuran bukanlah di tengah- tengah medan perang tetapi sebaliknya di hospital- hospital utama di bandar- bandar utama Amerika seperti Chicago.

Terdapat kawasan- kawasan di bandar- bandar tersebut yang menjadi rebutan kumpulan- kumpulan penjenayah yang merebut kawasan untuk pengedaran dadah, peras ugut dan mengutip wang perlindungan. Perebutan kawasan diantara kumpula- kumpulan jenayah seringkali melibatkan pergaduhan besar. Mangsa- mangsa lazimnya mengalami kecederaan teruk akibat ditikam oleh senjata tajam atau ditembak. Sejak kebelakangan ini mula menggunakan senjata seperti AR-15 dan AK-47 dalam pergaduhan kumpulan dan kecederaan yang dialami adalah hampir sama seperti kecederaan akibat bertempur di medan perang. Malah ada sesetengah doktor dan paramedik tentera yang berpendapat kecederaan yang mereka lihat akibat pergaduhan kumpulan adalah jauh lebih teruk daripada apa yang mereka lihat di medan perang.

Oleh itu tidak hairanlah pasukan SAS British turut menghantar anggota mereka untuk dilatih dalam mengendalikan kecederaan pertempuran di hospital- hospital utama Amerika.

Doktor serta pegawai perubatan di hospital Amerika juga lebih menyukai pegawai perubatan tentera kerana mereka lebih berpengalaman, tenang dan tidak kecut perut meskipun berhadapan dengan pesakit yang menghadapi kecederaan teruk yang bukan sahaja mengancam nyawa tetapi juga sangat ngeri untuk dilihat.

Mungkin KKD dan pasukan khas ATM boleh mempertimbangkan untuk menghantar anggota mereka untuk berlatih di hospital- hospital utama Amerika.

Most Read