Penggunaan peluru berpandu anti armor untuk tujuan anti kapal

No photo description available.

Idea untuk menggunakan peluru berpandu anti kereta kebal terhadap kapal perang muuh bukanlah sesuatu yang baru. Idea ini telah lahir sejak wujudnya peluru berpandu anti kereta kebal. Sebagai contoh, bot serang laju TLDM sendiri pada tahun 1960an dan 70an pernah dilengkapi dengan peluru berpandu SS 12(M) yang diadaptasi daripada peluru berpandu anti kereta kebal SS 11/ SS 12.

Semasa permulaan perang Falklands, tentera marin British yang sedang diasak oleh tentera Argentina, berjaya merosakkan sebuah kapal korvet ARA Guerrico, dengan menggunakan senjata anti kereta kebal Carl Gustav 84mm. ARA Guerrico yang pada masa itu sedang memberikan bantuan tembakan, dihentam oleh sebutir roket Carl Gustav di bahagian badan, menyebabkannya dimasuki air dan senget 30 darjah manakala sebutir lagi roket Carl Gustav menghentam di bahagian pelancar peluru berpandu MM38 Exocet dan menyebabkan keempat-empat pelancar mengalami kerosakan.


Walaupun boleh dikatakan penggunaan peluru berpandu anti kereta kebal terhadap kapal perang belum pernah terjadi dalam sejarah peperangan dan jika pernah terjadi sekalipun, ia lebih disebabkan oleh keadaan terdesak. Salah satu faktor yang mungkin menyebabkan hampir- hampir tiada kapal perang yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti kereta kebal adalah jangkauan operasinya yang terlalu dekat dimana ia meletakkan kapal pelancar di dalam jangkauan tembakan meriam utama kapal musuh. Di samping itu, kepala peledaknya yang kecil hanya akan menyebabkan kerosakan yang tidak begitu serius pada kapal perang musuh.

Kelebihan penggunaan peluru berpandu anti kereta kebal dalam peperangan laut adalah saiznya yang kecil memungkinkan kapal perang kecil atau bot peronda diberikan kuasa tembakan yang agak padu. Sebagai contoh, bot laju seperti CB90 boleh dipasang dengan pelancar yang memuatkan diantara 2 hingga 4 peluru berpandu anti kereta kebal. Disamping itu, saiz peluru berpandu anti kereta kebal yang kecil juga bermakna ia sukar untuk dipintas oleh sistem peluru berpandu pertahanan udara kapal perang musuh. Sekalipun ia boleh dilakukan (peluru berpandu Seawolf VL mampu memintas peluru meriam berkaliber 127mm) ia hampir- hampir tidak ekonomikal untuk berbuat demikian. Jadi pilihan yang tinggal bagi kapal perang musuh adalah cuba untuk memusnahkannya dengan tembakan meriam kapal- satu tugas yang sukar dan memerlukan sistem yang mampu bertindak pantas serta mempunyai kejituan tembakan yang tinggi.

Biarpun hanya memiliki kepala peledak yang kecil, peluru berpandu anti kereta kebal boleh dibidik ke bahagian- bahagian peting kapal perang musuh seperti anjungan, bahagian CIC ataupun stesyen- stesyen persenjataan kapal perang tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil terutamanya bagi peluru berpandu anti kereta kebal yang menggunakan panduan laser. Pun begitu kuasa letupan yang ada pada peluru berpandu anti kereta kebal tetap menjadikannya berbisa terutamanya jika digunakan terhadap bot tempur mahupun kapal serang laju.

Setakat ini, hanya Tentera Laut Israel yang melengkapi bot serang laju mereka dengan peluru berpandu anti kereta kebal. Tentera Laut Sweden dan Norway dilaporkan pernah membuat ujian tembakan AGM-114 Hellfire II daripada bot tempur #CB90. Walaupun ujian tersebut berjaya, tiada usaha setakat ini untuk melengkapi bot tempur tersebut dengan keupayaan seperti itu. Tentera Laut Amerika juga dilaporkan turut membuat ujian tembakan #Hellfire II daripada kapal perang #LCS mereka tetapi tiada perancangan untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada persenjataan bagi kapal kelas tersebut.

#Rentaka
#ATGM
#ATG
W

Most Read