Kepentingan keupayaan pertahanan pantai

No photo description available.

Pelancar peluru berpandu anti kapal mudah gerak mampu memainkan peranan yang penting dalam pertahanan pantai negara. Tugas mempertahankan perairan negara berada dibawah tanggungjawab TLDM. Walaubagaimanapun TLDM diketahui kekurangan aset yang diperlukan untuk mengawal perairan negara yang begitu luas. Kapal- kapal perang pula amat mahal harganya dan tinggi kos penyelenggaraannya. Namun begitu, kapal perang tetap merupakan aset terpenting dan paling berkemampuan dalam memikul tugas menjaga dan mempertahankan perairan negara.


Tugas mempertahankan pantai negara terutamanya daripada serangan amfibia musuh terletak di tangan TDM sebenarnya. Dalam hal ini, TDM menggunakan meriam 155mm G5 dan pelancar roket berganda Astros II. Jika dilihat daripada pengalaman operasi serangan amfibia sejak Perang Dunia Kedua, meriam dan pelancar roket tidak dapat memberikan elemen cegah rintang yang digeruni oleh musuh.

Pelancar peluru berpandu anti kapal mudah gerak adalah berbeza kerana ia boleh muncul di hampir setiap lokasi di sepanjang garisan pantai negara, menghidu dan mengesan kedudukan armada amfibia musuh dan melancarkan serangan membunuhnya. Sasarannya adalah kapal perang musuh dan kapal sokongan yang membawa kelengkapan serta anggota marin musuh. Kemunculan dua atau tiga pelancar peluru berpandu anti kapal mudah gerak sudah cukup untuk membekalkan elemen cegah rintang yang diperlukan bagi meyakinkan armada musuh untuk berlalu pergi. Pelancar peluru berpandu anti kapal mudah gerak juga sukar untuk dikesan. Ia boleh disamarkan menjadi seperti lori kontena atau trak biasa dan sentiasa bergerak untuk mengelak daripada ianya dikesan oleh satelit, pesawat mahupun UAV musuh.

Dalam memperkatakan tentang strategi menghadapi armada Tentera Laut China, agensi penyelidikan keselamatan tersohor Amerika iaitu Rand Corporation, telah mencadangkan penggunaan pelancar peluru berpandu anti kapal mudah gerak untuk menutup laluan kapal di Selat Melaka daripada menjadi laluan armada Tentera Laut China dan untuk menyekat bahan mentah penting seperti minyak daripada sampai ke China. Pendekatan yang sama boleh digunakan oleh negara untuk menutup Selat Melaka daripada menjadi ruang bagi operasi pendaratan amfibia musuh. Sekalipun musuh menggunakan pulau- pulau kecil di Selat Melaka sebagai tapak operasi, kebanyakan peluru berpandu anti kapal moden boleh melakukan serangan terhadap struktur- struktur musuh yang terdapat di darat

Menurut Rand Corporation, pelancar peluru berpandu anti kapal mudah gerak adalah satu pilihan yang murah, mudah, pantas serta tidak memerlukan latihan yang panjang dan rumit bagi membolehkan krew mengoperasikannya dengan efektif. #Rentaka cukup meminati pelancar peluru berpandu anti kapal Club K. Dimuatkan di dalam kontena, ia boleh diletakkan hampir dimana sahaja (termasuklah di atas kapal kelas KD Keris) tanpa menarik perhatian sesiapa dan hanya diaktifkan bila perlu untuk ia menjalankan tugas jahatnya.

 

Most Read