Kisah serangan artileri dan MBRL Rusia ke atas briged tentera Ukraine

May be an image of outdoors

Julai 2014. Pada masa itu, Ukraine sedang menghadapi perang saudara dengan wilayah Donbass yang mahu berpecah daripada Ukraine dan menyertai Rusia.



Pada 11 Julai 2014, tiga briged mekanis tentera Ukraine sedang berkumpul di luar bandar Zelenopillya yang terletak kira- kira 14 kilometer daripada sempadan Ukraine- Rusia. Ketiga- tiga briged tersebut sedang mengetuai serangan Ukraine terhadap pemberontak di wilyah Donbass dan menghalau mereka hingga ke sempadan Rusia dan mengawal sempadan untuk menyekat bantuan daripada Rusia daripada terus menyusup masuk.

Malangnya kehadiran ketiga- tiga briged Ukraine ini telah dikesan oleh dua UAV Orlan-10 Rusia. Salah satu daripada UAV tersebut telah berjaya ditembak jatuh. Tidak lama kemudian jaringan komunikasi, kawalan dan pemerintahan tentera Ukraine di kawasan tersebut telah disekat secara penyerakan elektronik. Segala- galanya sudah terlambat bagi ketiga- tiga briged tersebut apabila beberapa minit selepas penyerakan elektronik bermula, tentera Rusia telah melancarkan serangan roket dan tembakan artileri ke atas mereka daripada jarak 15 kilometer daripada sempadan Rusia- Ukraine.

Serangan roket dan artileri tersebut berlangsung selama hanya tiga minit.

Tetapi ia adalah merupakan tiga minit terpanjang bagi mereka yang menghadapi asakan tembakan roket dan artileri Rusia. Hasil daripada serangan "hanya" tiga minit tersebut telah memusnahkan dua daripada tiga briged Ukraine tadi. Walaupun 37 orang dilaporkan terkorban, ratusan lagi mengalami kecederaan teruk. Sekurang- kurangnya satu batalion tentera Ukraine telah terhapus sama sekali. Itu belum lagi mengambil kira kemusnahan terhadap kenderaan dan material perang Ukraine.

Semuanya disebabkan serangan roket dan artileri yang berlangsung cuma tiga minit.

Most Read