Helikopter Fennec TLDM

May be an image of aircraft and outdoors

Jika ditanya apakah aset udara utama TLDM, maka jawapannya sudah tentulah Super Lynx. Tidak ramai yang mengingati satu lagi aset udara TLDM iaitu Eurocopter AS555 Fennec. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan helikopter ini lebih banyak beroperasi di sebalik tabir dan peranannya jarang- jarang diperkatakan.


Biarpun helikopter Fennec digunakan dalam perkhidmatan tentera laut bukanlah sesuatu yang menghairankan, tetapi helIkopter Fennec TLDM dilengkapi dengan radar pemantauan maritim jenis Telephonics 1500 (yang dipasang di bawah bahagian hadapan helikopter) dan sistem FLIR LEO II menandakan ia melakukan tugasan yang lebih penting selain daripada khidmat sokongan. (#RENTAKA) Biarpun saiznya yang kecil, salah satu tugas Fennec dikatakan membuat pengesanan sasaran melankaui ufuk untuk kapal- kapal TLDM bagi membolehkan serangan jarak jauh terhadap kapal perang musuh dilakukan. Malah tidak keterlaluan jika ia Boleh dianggap mampu untuk melakukan arahan perubahan sasaran kepada peluru berpandu anti kapal yang telah dilancarkan oleh kapal TLDM. Radar Telephonics 1500 mampu mengesan dan menjejak 22 sasaran pada satu- satu masa.

Untuk mempertahankan diri, Fennec dilengkapi dengan selaras mesingan GPMG berkaliber 7.62mm. Pun begitu ini juga bermakna helikopter ini boleh diperanankan sebagai “gunship” secara bidan terjun terutamanya ketika menyokong operasi PASKAL seperti yang ditonjolkan semasa operasi menyelamat kapal MV Bunga Laurel di perairan Somalia pada tahun 2011. Satu lagi peranan Fennec yang jarang ditonjolkan adalah menyokong operasi memusnahkan periuk api di laut dengan membawa juruselam tempur TLDM terus kepada lokasi dimana periuk api dikesan. Setelah sasaran dikesan, helikopter akan terbang rendah dan mengapung dekat dengan sasaran sementara juruselam tempur akan terjun ke laut untuk memasang bahan letupan untuk meletupkan periuk api. Sebaik sahaja penyelam tempur selesai memasang bahan letupan pada periuk api, beliau akan ditarik naik ke helikopter menggunakan win yang boleh menanggung bebanan maksimum 240kg.

Salah satu helikopter serba boleh ini diberitakan telah dipasang dengan sistem misi Scorpio keluaran Caledonian Airborne System. Sistem ini diberitakan terdiri daripada dua konsol lengkap dengan paparan yang memberikan suapan daripada penderia- penderia helikopter. Sistem misi Scorpio memberikan keupayaan untuk helikopter tersebut melakukan misi pemantauan, SAR dan perisikan isyarat (SIGINT).

Walaupun Skuadron 502 hanya memiliki enam buah helikopter serba boleh ini, ia telah mengoperasikan Fennec dengan begitu baik sekali tanpa menghadapi masalah yang serius. Malah Fennec TLDM memiliki rekod pengoperasian yang begitu cemerlang dan telah mencapai usia melebihi 19,000 jam penerbangan tanpa mengalami sebarang kemalangan serius biarpun melakukan pelbagai tugasan dan fungsi.

Agile Et Fute!

Kredit foto: Bernama

#rentaka
#tldm
#fennec
#eurocopter

Most Read