Sistem pertahanan udara A3SM untuk kapal selam

https://www.navyrecognition.com/images/stories/west_europe/france/exhibition/euronaval_2012/news/DCNS_A3SM_Mica_Euronaval.jpg

Jika semalam RENTAKA menyiarkan video pelancaran peluru berpandu MM40 Exocet daripada KD Lekir, KD Lekiu dan KD Tun Abdul Razak semasa Eks Taming Sari 20/21, hari ini mari kita menonton video singkat tentang keupayaan berbeza pada kapal selam Scorpene.
 
 
Seperti yang kita sedia maklum, salah satu cara utama untuk mengesan kapal selam adalah dengan cara menggunakan pesawat atau helikopter yang dilengkapi dengan penderia khusus untuk memburu kapal selam. Jelas sekali aset udara musuh menjadi ancaman utama bagi Scorpene. Akan tetapi setakat ini tiada apa yang boleh dilakukan oleh kapal selam selain cuba untuk mengelak daripada dikesan dan menyelam lebih dalam.
 
Kini Scorpene boleh dilengkapi dengan keupayaan untuk memusnahkan aset udara musuh yang memburunya. Sama seperti cara SM39 beroperasi, kapsul A3SM dilancarkan daripada tiub torpedo. Setiap satu kapsul ini mengandungi satu peluru berpandu Mica. Sebaik sahaja dilancarkan, kapsul A3SM akan meluru ke permukaan laut dan sebaik sahaja ia timbul, kapsul akan mengaktifkan dan melancarkan secara automatik, peluru berpandu Mica yang seterusnnya memecut ke sasaran. Dengan jangkauan sejauh 20 kilometer, Mica berupaya untuk menangani ancaman daripada helikopter ASW mahupun pesawat MPA musuh.
 
Biarpun pembinaan kapal korvet kelas KD Maharajalela terbantut, pemasangan sistem VL Mica pada korvet tersebut turut membuka ruang untuk kapal selam kelas KD Tunku Abdul Rahman dilengkapi dengan sistem A3SM dan menjadikannya ancaman kepada aset ASW musuh yang memburunya.
 
Ataupun Scorpene TLDM telahpun membawa A3SM dan kita tidak mengetahui kewujudannya.

Most Read