Meriam M230 helikopter penyerang Apache.

May be an image of aircraft and outdoors

Salah satu sistem persenjataan helikopter penyerang AH-64 Apache yang digeruni adalah meriam M230 berkaliber 30mm. Bergantung kepada jenis peluru yang digunakan, ia mampu untuk merobek armor setebal 25mm daripada jarak 500 meter.


Dikawal oleh samada juruterbang mahupun jurutembak Apache menerusi paparan helmet bersepadu IHADSS, M230 akan berpusing mengikut pergerakan helmet dan dibidik menerusi paparan helmet atau menerusi sistem penjejak sasaran TADS helikopter.

M230 dikatakan agak tepat sehinggakan boleh digunakan untuk menembak sasaran udara seperti UAV dan pesawat lain tetapi ketepatan ini akan berkurangan apabila cuba membedil sasaran jauh. Sebagai contoh, daripada 30 bedilan terhadap sasaran yang berada diantara 800-1,200 meter, sekurang- kurangnya satu bedilan akan mengenai sasaran. Letupan daripada sebutir peluru M789 mempunyai lingkungan membunuh seluas 1.5 meter dalam keadaan yang ideal.

Meskipun meriam M230 mempunyai kadar tembakan maksimum diantara 600- 650 bedilan seminit, pada realitinya kadar tembakan maksimum sebenar adalah diantara 300 bedilan seminit. Lazimnya bedilan dilepaskan dalam enam gugusan 50 bedilan dengan jarak masa 5 saat setiap gugusan. Selepas itu meriam harus dibiarkan untuk menyejuk selama sepuluh minit.

Most Read