May be an image of 2 people, people standing, military uniform and outdoors

Anggota para sedang menimbang meriam bersama trak penunda dengan penimbang digital khas. Setiap timbangan yang diambil akan dicatatkan bagi memastikan setiap muatan yang dimuatkan ke dalam pesawat dapat diseimbangkan. Jika tidak, ia akan memberi kesan negatif kepada pengendalian pesawat, atau lebih teruk lagi, boleh menyebabkan pesawat terhempas.


Data berat muatan juga akan membantu juruterbang dalam mengagak tindak balas pesawat sebaik sahaja muatan berjaya digugurkan daripada ruang kargo.

(Nota: Perhatikan objek berbentuk empat segi berbalut dengan antena radio. Objek tersebut adalah paparan pelbagai fungsi meriam LG1 Mk. III manakala antena tersebut bermakna ia berupaya untuk memaparkan arahan tembakan serta data sasaran serta data tembakan melalui jaringan komunikasi radio.)

Most Read