No photo description available.
Turet Sharpshooter 25mm yang dipasang pada Adnan dan AV8. (Foto: FNSS)

Pengenalan kenderaan tempur infantri ACV 300 "Adnan" keluaran FNSS daripada Turki ke dalam perkhidmatan Kor Armor Diraja pada tahun 2001 bukan sahaja telah mencipta sejarah tetapi juga melonjakkan kuasa tembak TDM setapak lagi. Dilengkapi dengan turet Sharpshooter dengan gandingan persenjataan yang berbeza, ia memberi kemampuan kepada Adnan untuk memusnahkan kenderaan tempur musuh, kubu pertahanan mahupun memberi keupayaan pertahanan udara yang terhad.
 
Turet Sharpshooter 25mm sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 1980 oleh firma FMC dan kemudiannya diperbaharui oleh BAE Systems bersama FNSS Defence Systems. Turet ini dikendalikan oleh hanya seorang anggota. Oleh itu ia tidaklah begitu berat iaitu kira- kira 1.7 tan sahaja. Turet ini diperbuat daripada plat armor terkini yang digandingkan dengan sistem armor berlapis dan berongga untuk memberi perlindungan daripada hentaman peluru mesingan berat berkaliber 14.5mm.

No photo description available.
Versi- versi turet Sharpshooter.

Terdapat tiga versi turet Sharpshooter ini di mana setiap satunya dilengkapi dengan gandingan persenjataan yang berbeza iaitu 25mm autocannon/ 7.62mm MG, 40mm AGL/ 7.62mm MG dan juga 12.7mm HMG/ 7.62mm MG. Turet ini dikawal sepenuhnya menggunakan motor elektrik manakala sistem persenjataannya dilengkapi dengan sistem penstabil yang membolehkannya menembak dengan tepat sekalipun ketika bergerak di permukaan mukabumi yang kasar dan mencabar. Turet ini juga dilengkapi dengan alat pandang malam, pengimejan thermal dan laser pengukur jarak.

No photo description available.
Stesen jurutembak di dalam turet Sharpshooter 25mm.


Bagi turet Sharpshooter 25mm, ia dilengkapi dengan sistem penstabil meriam dua paksi yang memastikan laras meriam Bushmaster berkaliber 25mm tetap stabil dan dihalakan pada sasaran yang dikesan meskipun ketika bergerak laju. Meriam tersebut juga boleh membedil sasaran menggunakan pelbagai jenis peluru termasuklah peluru penembus armor (AP) pada kadar tembakan 200 butir peluru seminit. Sehingga 180 butir peluru boleh dimuatkan secara berantai ke dalam mekanisma suapan pada satu- satu masa. Selain membelasah kenderaan tempur musuh, meriam Bushmaster juga boleh digunakan untuk memberi bantuan tembakan kepada anggota infantri termasuklah dalam pertempuran bandar di mana musuh seringkali berkubu di dalam bangunan dan di tingkat- tingkat yang tinggi.

Selain daripada Adnan, turet Sharpshooter 25mm turut dipasang pada kenderaan tempur AV8.

No photo description available.