No photo description available.

Pesawat AC-235 adalah merupakan pesawat pengangkut CN-235 yang telah diubah-suai menjadi "Light gunship" hasil kerjasama diantara firma ATK Orbital dan King Abdullah II Design and Development Bureau (KADDB),


Pesawat ini direka agar mampu bukan sahaja untuk melakukan misi serangan tetapi juga pelbagai misi ISR (Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance). Oleh itu tidak hairanlah AC-235 dilengkapi dengan pelbagai penderia canggih seperti penderia elektro optik L-3 Wescam MX-15 dan radar bukaan sintetik Thales I-Master Ku-band bersama penunjuk sasaran bergerak.

Daripada segi persenjataan pula, pesawat ini dilengkapi dengan selaras meriam ATK M230 Chain Gun berkaliber 30mm, peluru berpandu AGM-114 Hellfire dan juga pod roket 70mm samada roket biasa mahupun roket panduan laser APKWS.

AC-235 turut dipasang dengan sistem pertahanan diri termasuklah DIRCM (directed infrared countermeasures) and AAR-47 missile approach warning system.

Pesawat AC-235 ini sesuai untuk dimiliki oleh TUDM terutamanya dalam menghadapi ancaman pencerobohan di kawasan ESSCOM.

 

Most Read